Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah pada Jumaat, sejajar dengan pasaran minyak kacang soya yang melemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Ng berkata pasaran minyak kacang soya terjejas akibat jangkaan terhadap mandat biodiesel yang lebih rendah pada 2026.
Kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya itu turut menjejaskan sentimen pasaran minyak sawit pada hari ini, katanya.
“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,700 satu tan dan paras rintangan pada RM3,900 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu untuk Jun 2025 susut RM33 kepada RM3,839 satu tan, Julai 2025 turun RM40 kepada RM3,828 satu tan dan Ogos 2025 merosot RM41 kepada RM3,815 satu tan.
Kontrak September 2025 merosot RM44 kepada RM3,808 satu tan, Oktober 2025 menguncup RM46 kepada RM3,809 satu tan dan November 2025 jatuh RM42 kepada RM3,818 satu tan.
Jumlah dagangan susut kepada 74,573 lot berbanding 96,117 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 239,366 kontrak berbanding 238,933 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal untuk Mei Selatan turun RM20 kepada RM3,910 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial