KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025, bersama-sama kontrak Disember 2025, meningkat 15 mata masing-masing kepada 1,608 dan 1,598 mata.
Kontrak Oktober 2025 meningkat 16.5 mata kepada 1,606 manakala kontrak Mac 2026 naik 13.5 mata kepada 1,577.
Jumlah dagangan merosot kepada 44,133 lot daripada 59,487 pada Khamis manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 87,049 kontrak daripada 106,544.
FBM KLCI meningkat 10.58 mata untuk ditutup pada 1,609.05, berbanding 1,598.47 pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial