PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM SUSUT BERIKUTAN STOK SEPTEMBER MOPB YANG AGAK TINGGI

10/10/2025 09:55 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif terencat selepas mencatatkan keuntungan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB) mengenai paras inventori yang lebih tinggi dari jangkaan, kata pedagang minyak sawit David Ng.

Menurut MPOB, inventori MSM menokok 17.6 peratus kepada 1.27 juta tan pada September berbanding 1.08 juta tan yang dicatatkan pada Ogos.

Ng berkata sentimen penurunan yang lebih menyeluruh susulan data peningkatan inventori itu telah menjejaskan harga.

"Kami melihat sokongan pada paras RM4,450 satu tan dan rintangan pada RM4,650 satu tan," katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, kontrak Oktober 2025 serta Mac 2026 masing-masing merosot sebanyak RM38 kepada RM4,468 satu tan dan RM4,530 satu tan, November 2025 serta Januari 2026 jatuh RM48 kepada RM4,496 satu tan dan RM4,565 satu tan, Disember 2025 serta Februari 2026 menyaksikan kemerosotan masing-masing sebanyak RM47 kepada RM4,544 satu tan dan RM4,556 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 113,058 lot berbanding 128,061 lot yang dicatatkan pada hari Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 282,064 kontrak daripada 278,044 sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan jatuh RM30 kepada RM4,500 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan