Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini susulan prestasi lemah minyak kacang soya dan harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
"Kami melihat sokongan pada RM4,200 dan rintangan pada RM4,350 satu tan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak November 2025 serta Disember 2025 masing-masing susut RM72 kepada RM4,212 dan RM4,228 satu tan, manakala kontrak Januari 2026 jatuh RM65 kepada RM4,252 satu tan.
Kontrak Februari 2026 menurun RM60 kepada RM4,270 satu tan, Mac 2026 merosot RM56 kepada RM4,275 satu tan dan April 2026 rugi RM53 kepada RM4,268 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 118,172 lot berbanding 106,224 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 268,147 kontrak daripada 270,174 kontrak.
Pada pasaran fizikal, November Selatan adalah lebih rendah sebanyak RM80 kepada RM4,260 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial