PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM CATAT KENAIKAN SEDERHANA SUSULAN PEMBELIAN HARGA RENDAH

30/10/2025 10:04 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan kenaikan sederhana setelah mengalami penurunan pada awal dagangan pada Khamis disokong oleh aktiviti pembelian pada harga rendah, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 dan paras rintangan pada RM4,380 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 meningkat RM5 kepada RM4,217 setiap tan, Disember 2025 naik RM12 kepada RM4,240 setiap tan dan Januari 2026 menokok RM8 kepada RM4,260 setiap tan.

Kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing bertambah RM5 kepada RM4,275 dan RM4,280 setiap tan manakala April 2026 berkembang RM4 kepada RM4,272 setiap tan.

Jumlah dagangan susut kepada 82,258 lot berbanding 118,172 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menurun kepada 264,546 kontrak berbanding 268,147 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, November Selatan kekal tidak berubah pada RM4,260 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan