PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH SUSULAN PELABUR MENILAI PROSPEK KADAR FAEDAH FED AS

05/11/2025 08:02 PM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu susulan sentimen berhati-hati ketika para pelabur menilai prospek dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta untuk kontrak November 2025 susut kepada US$3,981.70 setiap auns troy daripada US$4,008.40 manakala kontrak Disember 2025 menurun kepada US$3,998.60 daripada US$4,025.30 dan kontrak Januari 2026 merosot kepada US$4,016.80 daripada US$4,043.90 pada Selasa.

Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$4,032.70 setiap auns troy daripada US$4,059.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada 34 lot daripada 63 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menurun kepada 139 kontrak daripada 151 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan harga pada US$3,951.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga  London Bullion Market Association pada 4 Nov, 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan