Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Sentimen pasaran turut dirangsang dengan aktiviti pembelian dari India berikutan harga yang lebih rendah baru-baru ini.
"Kami melihat sokongan pada RM4,100 satu tan dan rintangan pada RM4,280," kata Ng kepada Bernama.
Pada penutup, bulan semerta November 2025 meningkat sebanyak RM39 kepada RM4,114 satu tan, Disember 2025 memperoleh RM38 kepada RM4,117 satu tan dan Januari 2026 menokok RM41 kepada RM4,149 satu tan.
Sementara itu, Februari 2026 menambah RM39 kepada RM4,180 satu tan, Mac 2026 melonjak RM34 kepada RM4,197 satu tan dan April 2026 mencatatkan keuntungan sejumlah RM32 kepada RM4,204 satu tan.
Jumlah jdagangan jatuh kepada 85,351 lot berbanding 87,213 lot yang dicatatkan pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 262,069 kontrak daripada 262,625 kontrak.
Harga MSM fizikal untuk November Selatan naik RM20 kepada RM4,130 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial