Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas dipengaruhi oleh petunjuk yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.
Sentimen pasaran terjejas dengan data ekonomi China yang tidak memberangsangkan dan krisis perdagangan Amerika Syarikat-China yang memanas semula.
"Eksport China turun 1.1 peratus, yang paling lemah sejak Februari berikutan penghantaran masuk ke AS menjunam lebih 25 peratus disebabkan oleh tarif," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dibatasi oleh kenaikan dalam harga minyak mentah.
"Minyak meningkat hari ini selepas kebimbangan selama tiga hari mengenai bekalan yang berlebihan dan permintaan perlahan di AS sudah mula mereda," katanya.
Pada 3 petang hari ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga getah SMR20 menurun sebanyak 7.50 sen kepada 720.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 570 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial