PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH KL DITUTUP LEBIH TINGGI

17/11/2025 06:48 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh optimisme terhadap potensi rangsangan ekonomi China dan pembetulan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Bernama bahawa sentimen bertambah baik apabila hujan berterusan di negara-negara pengeluar getah asli utama mengganggu aktiviti penorehan.

Bagaimanapun, keuntungan seterusnya dihadkan oleh isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih rendah,” kata peniaga itu.

Memetik Menteri Kewangan China Lan Foan beliau berkata Beijing merancang untuk memperkukuh dasar fiskal dalam tempoh lima tahun akan datang seiring dengan keadaan ekonomi yang berubah-ubah.

Beliau berkata agensi meteorologi Thailand telah memberi amaran mengenai hujan lebat dan kemungkinan banjir kilat dan limpahan akan berlaku dari 18 hingga 22 November, 2025 di negara pengeluar getah utama dunia itu.

Pada jam 3 petang, Lembaga Getah Malaysia berkata harga Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 1.0 sen kepada 725.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.0 sen kepada 570 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan