KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah apabila jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember semakin mereda, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
Beliau berkata logam tersebut kehilangan sedikit momentum jangka pendek kerana pelabur enggan menambah risiko sehingga tunggakan data AS selesai.
"Namun, cerita struktur kekal utuh. Pengumpulan oleh bank pusat, kemerosotan fiskal yang berterusan di ekonomi utama dan keuntungan kira-kira 55 peratus emas sejak awal tahun terus menyokong permintaan asas yang kukuh," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Innes berkata dalam jangka pendek, pemangkin untuk kenaikan seterusnya kemungkinan memerlukan data AS yang lebih lemah atau nada yang lebih rendah daripada Rizab Persekutuan (Fed).
Kontrak bulan semerta November 2025 merosot kepada US$4,088.50 setiap auns troy daripada US$4,177.30 setiap auns troy, Disember 2025 turun kepada US$4,105.70 setiap auns troy daripada US$4,194.50 setiap auns troy dan Januari 2026 berkurang kepada US$4,124.30 setiap auns troy daripada US$4,213.10 setiap auns troy pada Jumaat lepas.
Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$4,139.80 setiap auns troy, daripada US$4,228.10 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menyusut kepada 13 lot daripada 143 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 48 kontrak daripada 218 kontrak.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,071.10 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Nov, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial