KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.47 mata kepada 1,625.96 daripada 1,627.43 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks penanda aras itu dibuka rendah 0.43 mata pada 1,627.0.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 213 berbanding 87, manakala 219 kaunter tidak berubah, 2,248 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 103.41 juta unit bernilai RM63.90 juta.
Rakuten Trade Sdn Bhd berkata dana asing mungkin merealisasikan beberapa keuntungan, mencerminkan visi jangka pendek mereka.
“Bagaimanapun, kami berasa yakin bahawa kebanyakan pasaran Asia Tenggara semuanya menunjukkan prestasi positif, disebabkan oleh penilaian mereka yang menarik yang telah kami nyatakan banyak kali sebelum ini.
“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,625-1,635,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.94, TNB meningkat 4.0 sen kepada RM13.32, SD Guthrie menambah 3.0 sen kepada RM5.38, manakala Public Bank dan Hong Leong Bank tidak berubah pada RM4.30 dan RM21.
Bagi saham aktif, Systech dan Genting Malaysia melonjak 1.0 sen masing-masing kepada 19 sen dan RM2.37, Tanco menokok 0.5 sen kepada 97 sen dan Nextgreen tidak berubah pada 78.5 sen.
Perak Transit dan Pharmaniaga susut setengah sen masing-masing kepada 28 sen dan 23 sen dan MMS Ventures berkurangan 7.0 sen kepada 52.5 sen.
Kaunter paling untung menyaksikan Petronas Dagangan naik 16 sen kepada RM22.26, MNRB menambah 9.0 sen kepada RM2.11, Hong Leong Industries naik 8.0 sen kepada RM15.18 dan Sarawak Oil Palms meningkat 7.0 sen kepada RM3.80.
Bagi kaunter paling rugi, PPB Group turun 22 sen kepada RM11.38, Cyberjaya Education Group merosot 13 sen kepada 80 sen, Petronas Gas susut 12 sen kepada RM18.40 dan Petronas Chemicals menguncup 10 sen kepada RM3.31.
Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 turun 15.84 mata kepada 11,824.8 dan Indeks FBM Emas merosot 17.48 mata kepada 12,055.61, Indeks FBM Emas Shariah susut 24.4 mata kepada 12,049.64, Indeks FBM ACE berkurangan 38.38 mata kepada 4,976.89 dan Indeks FBM Mid 70 menguncup 44.81 mata kepada 16,891.81.
Bagi sektor, Indeks Perladangan meningkat 14.7 mata kepada 8,132.84, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 1.74 mata kepada 18,497.86, Indeks Tenaga menokok 0.93 mata kepada 761.93 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.46 mata kepada 166.83.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial