KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan kelemahan dalam dolar US termasuk peningkatan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), terutamanya selepas pasaran mula memantau pengumuman data inflasi AS sebelum mesyuarat dasar Rizab Persekutuan minggu depan.
Peserta pasaran sedang memantau laporan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS bagi September, yang mungkin dikeluarkan malam ini, yang dijangka akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai prospek dasar bank pusat AS itu.
Kontrak bulan semerta Disember 2025 naik kepada US$4,238.00 setiap auns troy daripada US$4,206.10 yang dicatatkan pada hari Khamis, Januari 2026 menokok kepada US$4,253.60 setiap auns troy daripada US$ 4,221.80, Februari 2026 melonjak kepada US$4,269.90 setiap auns troy daripada US$4,237.80 dan Mac 2026 meningkat kepada US$4,286.60 setiap auns troy daripada US$4,254.50 semalam.
Kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$4,303.80 setiap auns troy daripada US$ 4,272.60 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan jatuh kepada 16 lot daripada 94 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 81 kontrak daripada 148 kontrak.
Berdasarkan kepada penetapan tengah hari 4 Dis 2025, London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,200.60 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial