PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI BERIKUTAN PENGUKUHAN HARGA MINYAK KACANG SOYA

09/12/2025 10:37 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, sekali gus menampung semula kejatuhan pada awal dagangan berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata pengeluaran yang dijangka lebih lemah pada minggu-minggu akan datang turut mengukuhkan harga komoditi itu.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,050 satu tan dan paras rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 merosot RM24 kepada RM4,031 satu tan, tetapi Januari 2026 meningkat RM11 kepada RM4,085 satu tan dan Februari 2026 menokok RM13 kepada RM4,106 satu tan.

Kontrak Mac 2026 bertambah RM12 kepada RM4,123 satu tan, April 2026 melonjak RM10 kepada RM4,128 satu tan, manakala kontrak Mei 2026 naik RM9 kepada RM4,124 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 58,351 lot daripada 37,603 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 265,437 kontrak daripada 265,197 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan kekal tidak berubah pada RM4,090 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan