PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH MENJELANG PENGUMUMAN KADAR FAEDAH AS

10/12/2025 08:16 PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, apabila pelabur menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Kontrak semerta Disember 2025 susut kepada US$4,212.00 setiap auns troy daripada US$4,221.80 pada Selasa, Januari 2025 merosot kepada US$4,227.20 setiap auns troy daripada US$4,237.00, Februari 2026 turun kepada US$4,243.00 setiap auns troy daripada US$4,252.80, dan Mac 2026 berkurang kepada US$4,259.70 setiap auns troy daripada US$4,269.50 sebelumnya. 

Kontrak April dan Jun 2026 turut susut kepada US$4,277.70 setiap auns troy daripada US$4,287.50 setiap auns troy pada Selasa. 

Jumlah dagangan adalah sifar, berbanding 14 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 62 kontrak daripada 76 kontrak sebelumnya. 

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 9 Dis, 2025, harga emas fizikal berada pada US$4,213.39 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan