PASARAN > BERITA

FBM KLCI TINGGI PADA TENGAH HARI SUSULAN PENURUNAN KADAR FED DORONG SENTIMEN PASARAN

11/12/2025 02:42 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada sesi pagi, disokong sentimen pasaran yang lebih positif susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan seiring dengan kenaikan pasaran Wall Street semalaman.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.00 mata, atau 0.43 peratus kepada 1,618.00 berbanding paras 1,611.00 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.86 mata lebih tinggi pada 1,612.86 dan bergerak antara 1,609.96 hingga 1,618.00 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran lebih luas, bagaimanapun, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 516 berbanding 403, manakala 477 kaunter tidak berubah, 1,362 kaunter tidak diniagakan dan 16 kaunter digantung.

Jumlah dagangan merekodkan 2.02 bilion saham bernilai RM1.14 bilion.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street meningkat pada Rabu selepas Fed menurunkan kadar kali ketiga sebanyak 25 mata asas (bps) tahun ini, namun penggubal dasar memberi isyarat ketidakpastian mengenai hala tuju dasar yang seterusnya.

“Keputusan (Fed) ini mendapat tiga bantahan, dengan dua ahli menyokong penangguhan, manakala seorang lagi mengutamakan pemotongan 50 mata asas, menunjukkan perbezaan pendapat yang semakin ketara dalam Kalangan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

“Pasaran turut menumpukan perhatian kepada temu duga pusingan akhir oleh Presiden Donald Trump untuk pemilihan Pengerusi Fed yang baharu,” katanya.

Firma sekuriti itu turut menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan pemulihan hari ini, dengan sektor pengguna dan kewangan dijangka mendapat kelebihan daripada peningkatan tersebut.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM10.18, Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.41, CIMB Group naik 11 sen kepada RM7.93, Tenaga Nasional kekal pada RM12.74, manakala IHH Healthcare merosot lima sen kepada RM8.35.

Bagi kaunter aktif, Borneo Oil kekal pada setengah sen, BMS Holdings meningkat dua sen kepada 21 sen, VS Industry naik dua sen kepada 52 sen, Gamuda turun 28 sen kepada RM4.85, dan Pharmaniaga meningkat 1.5 sen kepada 25 sen.

Antara kaunter yang mencatat keuntungan, Kuala Lumpur Kepong meningkat 30 sen kepada RM19.50, Westports naik 19 sen kepada RM5.64, ITMAX meningkat 17 sen kepada RM4.70, Telekom Malaysia naik 16 sen kepada RM7.88, dan SD Guthrie meningkat 16 sen kepada RM5.42.

Sementara itu, kaunter rugi utama termasuk Nestle, merosot 40 sen kepada RM114.60, Malaysian Pacific Industries turun 24 sen kepada RM31.94, Petronas Gas susut 18 sen kepada RM17.08, VSTECS menurun 13 sen kepada RM3.92, dan PGF Capital merosot sembilan sen kepada RM1.85.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.56 mata kepada 11,949.47, Indeks FBM Emas Shariah naik 8.77 mata kepada 11,797.65, Indeks FBMT 100 menambah 38.13 mata kepada 11,739.40, manakala Indeks FBM ACE merosot 20.94 mata kepada 4,710.18 dan Indeks FBM 70 susut 1.99 mata kepada 16,649.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 135.83 mata kepada 19,054.23, Indeks Perladangan meningkat 88.71 mata kepada 8,151.54, manakala Indeks Tenaga naik 2.99 mata kepada 760.42. Sebaliknya, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.17 mata kepada 166.82.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan