KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 11 mata kepada 1,679.5, Januari 2026 naik 10.5 mata kepada 1,682.50, Mac 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,667.0, Jun 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,669.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 14,280 lot daripada 8,711 pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 51,755 kontrak daripada 46,114 sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 5.39 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,671.29 daripada 1,665.90 pada Jumaat minggu lepas, yang mana merupakan paras tertinggi intra harinya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial