PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

24/12/2025 08:45 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 10 mata kepada 1,673.5, Januari 2026 naik 9.0 mata kepada 1,679.0, Mac 2026  bertambah 8.5 mata kepada 1,663.5, manakala Jun 2026 menokok 9.0 mata kepada 1,667.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 39,353 lot daripada 20,477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 76,499 kontrak daripada 58,090 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata atau 0.10 peratus kepada 1,678.31 daripada 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan