Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan, disokong oleh sentimen positif daripada pasaran tunai pendasar.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata trend FBM KLCI masih kekal positif dan turun naik dalam jangka pendek berkemungkinan menjadi sebahagian daripada penstabilan yang sihat.
"Kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,650-1,680 minggu depan," katanya kepada Bernama.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Januari 2026 susut 7.5 mata kepada 1,672.5, kontrak Mac 2026 turun 6.5 mata kepada 1,664.5, dan kontrak Jun 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,662.0, manakala bulan spot baharu Februari 2026 berada pada 1,675.5.
Jumlah dagangan bagi minggu dagangan singkat ini menyusut kepada 91,510 lot daripada 97,819 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 38,653 kontrak daripada 63,355 kontrak.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 7.34 mata kepada 1,669.76 daripada paras 1,677.10 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial