Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.97 mata kepada 1,672.35 daripada 1,680.32 pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran memulakan dagangan lebih rendah turun 1.91 mata kepada 1,678.41 dan bergerak antara paras 1,667.82 dan 1,679.26 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 624 berbanding 506, manakala 531 kaunter tidak berubah, 988 tidak diniagakan dan 11 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.66 bilion unit bernilai RM2.76 bilion daripada 2.53 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.
Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata walaupun pasaran serantau mendapat manfaat daripada sentimen minat risiko yang tinggit, penyertaan di pasaran tempatan masih kecil, dengan aktiviti runcit yang lembap dan jualan asing yang berterusan memberi kesan kepada indeks saham wajaran tinggi.
“Pendek kata, pasaran kekurangan pemangkin tempatan yang baharu dan pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini telah menyebabkan Bursa Malaysia tidak selari dengan prestasi bursa serantau yang lebih kukuh, dan bukannya disebabkan sebarang kejutan geopolitik,” katanya kepada Bernama.
Innes berkata pasaran serantau sebahagian besarnya tidak begitu mengambil kira ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS)-Venezuela dan sebaliknya menumpukan pada risiko positif daripada penurunan harga minyak.
Menurutnya, kos tenaga yang lebih rendah membantu menstabilkan inflasi dan membuka ruang bagi penurunan lagi Rizab Persekutuan AS, yang menyokong aset risiko tempatan.
Saham kewangan berkaitan indeks Maybank melonjak 14 sen kepada RM10.70, Hong Leong Bank meningkat dua sen kepada RM22.74, RHB Bank naik lapan sen kepada RM7.81, CIMB susut 25 sen kepada RM7.99 dan Public Bank turun empat sen kepada RM4.52.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi yang lain, CelcomDigi melonjak 17 sen kepada RM3.44, 99 Speed Mart menambah satu sen kepada RM3.93, TNB susut 16 sen kepada RM13.58, IHH Healthcare berkurangan 10 sen kepada RM8.65 dan Press Metal merosot tujuh sen kepada RM7.06.
Dalam kalangan saham paling aktif, MMAG meningkat satu sen kepada 7.5 sen, Tanco naik satu sen kepada RM1.19, Insights Analytics melonjak 24 sen kepada RM1.70, Capital A menokok dua sen kepada 44.5 sen, SP Setia menambah tujuh sen kepada 86.5 sen, manakala Pharmaniaga susut setengah sen kepada 27.5 sen.
Dalam kalangan kaunter untung utama, Nestle meningkat RM4.60 kepada RM120.30, Malaysian Pacific Industries menambah 50 sen kepada RM32.0, United Plantations menokok 48 sen kepada RM30.48, manakala KSL Holdings dan LPI Capital naik sebanyak 22 sen masing-masing kepada RM3.26 dan RM14.80.
Dalam kalangan saham paling rugi, BLD Plantation susut RM1.26 kepada RM14.62, Dutch Lady turun 36 sen kepada RM30.88, Kuala Lumpur Kepong dan Petronas Dagangan berkurangan 20 sen masing-masing kepada RM19.78 dan RM19.84, manakala TM merosot 15 sen kepada RM7.71.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 1.29 mata kepada 12,129.59, Indeks FBM Top 100 turun 31.60 mata kepada 12,119.63 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 1.29 mata kepada 12,129.59.
Indeks FBM Mid 70 meningkat 73.13 mata kepada 17,128.18 dan Indeks FBM ACE naik 22.15 mata kepada 4,950.90.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 58.41 mata kepada 19,770.62, Indeks Tenaga turun 1.73 mata kepada 767.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.33 mata kepada 172.55, dan Indeks Perladangan menyusut 12.70 mata kepada 8,291.11.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.44 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 1.39 bilion unit bernilai RM2.09 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran menambah kepada 743.56 juta unit bernilai RM101.86 juta daripada 720.28 juta unit daripada RM89.92 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 480.04 juta unit bernilai RM230.29 juta daripada 417.2 juta unit bernilai RM220.77 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 227.71 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (253.64 juta), pembinaan (112.16 juta), teknologi (230.68 juta), perkhidmatan kewangan (90.59 juta), hartanah (199.22 juta), perladangan (29.07 juta), amanah pelaburan hartanah (32.25 juta), dana tertutup (81,600), tenaga (82.39 juta), penjagaan kesihatan (65.09 juta), telekomunikasi dan media (46.86 juta), pengangkutan dan logistik (41.56 juta), utiliti (26.86 juta), dan amanah perniagaan (sifar).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial