Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif, kata peniaga.
Pengeluaran perkilangan AS meningkat tanpa dijangka pada Disember, naik sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan dan 2.0 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, ekonomi China berkembang sebanyak 5.0 peratus pada tahun lepas walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lembap pada suku keempat sebanyak 4.5 peratus tetapi masih memenuhi sasaran rasmi kira-kira lima peratus.
Beliau berkata harga turut dipengaruhi oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bahan mentah disebabkan cuaca lembap di negara-negara pengeluar utama getah.
“Kenaikan dikekang oleh aktiviti pengambilan untung dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan kejatuhan harga minyak mentah dalam ancaman tarif baharu AS ke atas negara-negara Eropah dan ketegangan geopolitik yang lebih meluas,” katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, ringgit mengukuh kepada 4.0540/0575 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0605 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Sementara itu, minyak mentah Brent merosot 1.17 peratus kepada US$63.51 setong.
Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 dan susu getah pukal kekal tidak berubah pada 748 sen sekilogram dan 576 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial