Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran turut dirangsang oleh jangkaan langkah rangsangan tambahan daripada Beijing bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
Menurut laporan China merancang untuk memperkenalkan langkah baharu bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan, dengan bergantung kepada sektor penjagaan warga emas, penjagaan kesihatan dan rekreasi bagi mengimbangi permintaan barangan yang lemah.
“Bagaimanapun, potensi kenaikan selanjutnya dihadkan oleh petunjuk harga minyak mentah yang bercampur-campur serta ketidaktentuan geopolitik global yang berterusan,” katanya kepada Bernama.
Ketika ini, minyak mentah Brent susut 1.45 peratus kepada US$63.93 setong.
Pada 3 petang, Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 meningkat dua sen sekilogram (kg) kepada 743.5 sen/kg, manakala lateks pukal naik satu sen kepada 576.00 sen.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial