PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI

27/01/2026 02:33 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau, didorong oleh pembelian berterusan dalam kaunter perbankan, penjagaan kesihatan dan utiliti.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.85 mata kepada 1,759.92 daripada 1,744.07 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.18 mata kepada 1,749.25 serta bergerak antara 1,749.10 dan 1762.49 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan 649 kaunter untung berbanding 445 kaunter rugi manakala 514 kaunter tidak berubah, 1,130 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.96 bilion unit bernilai RM1.89 bilion.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata paras 1,760, yang dicapao pada pertengahan pagi, lebih kepada paras rintangan jangka pendek.

Beliau berkata sekitar paras ini, ia adalah perkara biasa bagi sesetengah pelabur untuk mengambil keuntungan atau berhenti seketika.

“Jika pasaran perlahan atau merosot sedikit, itu adalah perkara biasa dan tidak bermakna trend itu terhenti. Selepas mencapai 1,760, pasaran hanya perlu mengesahkan bahawa momentum masih utuh,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd mencadangkan supaya pelabur menunggu penurunanan harga saham untuk mewujudkan peluang kemasukan kerana kebanyakannya didagangkan pada paras terlebih beli.

“Walaupun ringgit mencecah RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mendorong minat belian dalam sektor pengguna, kewangan dan hartanah, kami mencadangkan untuk menunggu harga saham turun,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank naik 12 sen masing-masing kepada RM11.62 dan RM4.99, CIMB menokok 14 sen kepada RM8.76, Tenaga Nasional meningkat dua sen kepada RM14.00, dan IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM8.71.

Bagi saham paling aktif, Capital A turun 1.5 sen kepada 57.5 sen, One Gasmaster susut empat sen kepada 21 sen, manakala Zetrix AI tidak berubah pada 81.5 sen, SP Setia dan Tanco melonjak dua sen masing-masing kepada 97.5 sen dan RM1.33.

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific dan Hong Leong Financial menokok 52 sen masing-masing kepada RM33.10 dan RM21.82, Malayan Cement melonjak 28 sen kepada RM8.03, Bursa Malaysia naik 25 sen kepada RM8.95, and Hong Leong Bank meningkat 22 sen kepada RM24.72. 

Bagi kaunter paling rugi, Nestle turun 60 sen kepada RM115.40, United Plantations menguncup 26 sen kepada RM30.60, Petronas Gas dan IGB Real Trust berkurangan 18 sen masing-masing kepada RM18.40 dan RM2.81, manakala Kuala Lumpur Kepong merosot 14 sen kepada RM19.88.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 naik 101.92 mata kepada 12,702.09 dan Indeks FBM Emas menambah 98.52 mata kepada 12,897.68, Indeks FBM Mid 70 naik 85.98 mata kepada 17,716.81, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 57.65 mata kepada 12,458.04, Indeks FBM ACE turun 5.49 mata kepada 4,843.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 322.52 mata kepada 21,519.75, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 2.08 mata kepada 179.36, Indeks Perladangan naik 20.09 mata kepada 8,425.05, manakala Indeks Tenaga merosot 0.46 mata kepada 764.40.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan