Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa bulan akan datang, kata peniaga.
Peniaga Proprietari di Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata keadaan itu boleh menyebabkan paras bekalan MSM yang lebih tinggi dan seterusnya memberi tekanan terhadap harga.
“Kami mendapati harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,150 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing susut RM20 kepada RM4,121 dan RM4,177 satu tan, April 2026 turun RM19 kepada RM4,206 satu tan.
Mei 2026 menguncup RM11 kepada RM4,214 satu tan, Jun 2026 kurang RM10 kepada RM4,204 satu tan dan Julai 2026 turun RM3 kepada RM4,196 satu tan.
Jumlah dagangan susut kepada 74,745 lot daripada 74,924 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 219,182 kontrak daripada 217,779 kontrak.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan turun RM20 kepada RM4,160 satu tan daripada angka semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial