PASARAN > BERITA

JANGKAAN PERMINTAAN LEMAH, NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

10/02/2026 10:22 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah berikutan jangkaan penyusutan permintaan dalam minggu-minggu akan datang.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata sentimen pasaran juga dijejaskan oleh penyusutan daya saing harga berbanding minyak sayuran lain.

“Berikutan itu, kami mengunjurkan paras sokongan MSM melebihi RM4,050 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak-kontrak semasa iaitu Februari 2026 dan Mac 2026 susut RM62 masing-masing kepada RM4,038 dan RM4,070 satu tan manakala April 2026 turun RM65 kepada RM4,095 satu tan.

Kontrak Mei 2026 berkurangan RM67 kepada RM4,100 satu tan; Jun 2026 turun RM62 kepada RM4,099 satu tan dan Julai 2026 susut RM61 kepada RM4,092 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 73,171 lot daripada 41,661 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 218,595 kontrak daripada 216,074 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Februari Selatan susut RM50 kepada RM4,100 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan