Oleh HARIZAH HANIM MOHAMED
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street, manakala jumlah dagangan yang lebih rendah menunjukkan kekurangan penyertaan runcit menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.22 mata kepada 1,754.17, selepas dibuka 0.12 mata lebih rendah kepada 1,755.09 berbanding 1,756.39 ketika ditutup semalam.
Prestasi keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 136 berbanding 121, manakala 260 kaunter tidak berubah, sebanyak 2,179 kaunter tidak diniagakan dan 11 kaunter digantung.
Jumlah dagangan mencecah 143.96 juta saham bernilai RM107.0 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah walaupun data pekerjaan Januari lebih baik daripada jangkaan apabila peniaga mengambil peluang untuk mengambil keuntungan.
“Bagi Bursa Malaysia, indeks utama mengekalkan daya tahannya untuk ditutup pada paras positif dengan pembelian asing jelas kelihatan apabila saham mewah kekal menjadi tumpuan utama.
“Oleh itu, volum harian masih rendah di bawah paras tiga bilion, menunjukkan kekurangan penyertaan runcit. Oleh itu, kenaikan berikutan Tahun Baharu Cina yang telah lama dinanti-nantikan mungkin belum berlaku lagi,” katanya.
Thong berkata indeks dijangka akan berada dalam lingkungan 1,750 hingga 1,765.
Antara kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM12.26, Public Bank naik dua sen kepada RM5.16, CIMB meningkat satu sen kepada RM8.60 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.00.
Bagi saham aktif, Kee Ming menokok 49 sen kepada 87 sen, Borneoi Oil tidak berubah pada satu sen, Ambest juga tidak berubah pada 32.5 sen, TWL melonjak 0.5 sen kepada 2.5 sen dan MMAG tidak berubah pada 4.5 sen.
Antara saham mencatatkan kenaikan tertinggi ialah Hong Leong Industries dan Dutch Lady, kedua-duanya menambah 22 sen, masing-masing kepada RM18.42 dan RM33.22, F&N naik 14 sen kepada RM32.44 dan Hong Leong Bank meningkat 14 sen kepada RM24.94.
Saham paling rugi menyaksikan Malaysian Pacific Industries turun 34 sen kepada RM30.46, PPB Group merosot lapan sen kepada RM11.02, manakala MI Technovation berkurangan tujuh sen kepada RM3.00.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 susut 1.20 mata kepada 12,654.41, Indeks FBM Emas merosot 0.05 mata kepada 12,828.72, Indeks FBM Mid 70 naik 16.44 mata kepada 17,573.73, Indeks FBM Emas Shariah turun 6.05 mata kepada 12,256.38, manakala Indeks FBM ACE menguncup 0.25 mata kepada 4,750.24.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 6.77 mata kepada 21,877.15, Indeks Perladangan turun 25.76 mata kepada 8,380.13, Indeks Tenaga naik 7.25 mata kepada 756.64, bagaimanapun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.04 mata kepada 176.47.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial