PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP TINGGI

19/02/2026 05:58 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang kukuh, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan prestasi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif.

“Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh aktiviti perdagangan yang rendah di seluruh Asia berikutan beberapa pasaran serantau ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya kepada Bernama.

Katanya harga minyak naik berikutan AS dan Iran menyambung semula rundingan nuklear walaupun terdapat ketegangan geopolitik yang meningkat di rantau itu.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.42 peratus kepada US$71.36 setong.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 13.5 sen kepada 770.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat lima sen kepada 583.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan