KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Khamis, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih lemah.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 merosot kepada US$5,011.90 setiap auns troy daripada US$5,021.90 setiap auns troy pada Isnin.
Mac berkurang kepada US$5,028.90 setiap auns troy daripada US$5,038.90 setiap auns troy, manakala kedua-dua April dan Mei susut kepada US$5,046.60 setiap auns troy daripada US$5,056.50 setiap auns troy.
Kontrak Jun dan Ogos juga lebih rendah, ditutup pada US$5,080.50 setiap auns troy, berkurang daripada US$5,090.40 setiap auns troy.
Jumlah dagangan merosot kepada enam lot berbanding 10 lot pada Isnin, dan kepentingan terbuka turun kepada 83 kontrak daripada 98 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$5,003.30 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 18 Feb, 2026.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada 17 Feb, 2026 (Selasa) dan 18 Feb, 2026 (Rabu) bersempena cuti umum Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial