PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH, AMBIL PETUNJUK PRESTASI LEMAH WALL STREET

24/02/2026 11:11 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.57 mata kepada 1,752.41 daripada penutupan Isnin pada 1,755.99.

Indeks utama dibuka 1.99 mata lebih rendah pada 1,755.99.

Secara keseluruhan, pasaran adalah negatif apabila kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 249 berbanding 111, manakala 294 kaunter tidak berubah, 2,114 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 133.76  juta unit bernilai RM87.22 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah  dalam persekitaran kebimbangan baharu mengenai gangguan kecerdasan buatan (AI) dan ketidakpastian menyelubungi langkah tarif global terkini Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Purata Perindustrian Dow Jones ditutup pada 821.91 mata atau 1.66 peratus lebih rendah, pada 48,804.06 malam tadi, S&P 500 merosot 71.76 mata atau 1.04 peratus kepada 6,837.75 dan Nasdaq Composite berkurangan 258.80 mata atau 1.13 peratus kepada 22,627.27.

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 4.03 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, walaupun terdapat ketidakpastian berterusan mengenai semakan tarif, Thong berkata saham teknologi di Malaysia akhirnya boleh mendapat manfaat daripada keputusan mahkamah AS.

"Untuk hari ini, FBM KLCI dijangka diniagakan antara 1,745 dan 1,765," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM12.18, Public Bank merosot satu sen kepada RM5.07, CIMB Group berkurangan empat sen kepada RM8.46, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM14.16, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM9.00.

Bagi saham aktif, kekal stabil pada 2.5 sen, Aizo pada 4.5 sen, Pharmaniaga pada 31.5 sen, MMAG pada empat sen, manakala Dagang Nexchange susut satu sen kepada 27 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan United Plantations naik 26 sen kepada RM30.58, Sunway Construction meningkat 25 sen kepada RM6.56, Vstecs menokok 13 sen kepada RM4.40, Malaysia Smelting menambah enam sen kepada RM1.76 dan BM Greentech melonjak lima sen kepada RM1.48.

Kaunter paling rugi ialah Nestle turun 40 sen kepada RM112.00, Malaysian Pacific Industries merosot 16 sen kepada RM30.86, PPB Group menguncup 16 sen kepada RM11.00, Petronas Chemicals berkurangan 14 sen kepada RM3.15 dan Petronas Dagangan susut 14 sen kepada RM20.84.

Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 merosot 39.22 mata kepada 12,670.22, Indeks FBM Emas menguncup 37.99 mata kepada 12,849.32, Indeks FBM 70 berkurangan 45.11 mata kepada 17,773.05, Indeks FBM Emas Shariah turun 35.95 mata kepada 12,381.10 dan Indeks FBM ACE kehilangan 16.61 mata kepada 4,832.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 37.91 mata kepada 21,613.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.01 mata kepada 174.52, Indeks Tenaga merosot 0.06 mata kepada 770.24 manakala Indeks Perladangan kehilangan 2.60 mata kepada 8,491.91.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan