PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

24/02/2026 09:17 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa meskipun penurunan prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,176.00 setiap auns troy berbanding US$5,157.80 setiap auns troy semalam.

Kontrak Mac naik kepada US$5,193.00 setiap auns troy daripada US$5,174.80 pada Isnin, manakala April dan Mei menokok kepada US$5,210.80 setiap auns troy daripada US$5,192.60.

Sementara itu, kontrak Jun dan Ogos 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$5,244.70 setiap auns troy, naik daripada US$5,226.50 sebelum itu.

Jumlah dagangan meningkat kepada 15 lot daripada enam lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 98 kontrak daripada 91 kontrak sebelum itu.

Harga emas fizikal berada pada US$5,191.40 setiap auns troy semasa sesi penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 23 Feb, 2026. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan