KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.83 mata atau 0.16 peratus kepada 1,709.12 berbanding paras 1,711.95 ketika ditutup pada Selasa, selepas dibuka rendah 0.52 mata pada 1,711.43.
Pada keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 berbanding 128, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,950 kaunter tidak diniagakan dan 10 digantung.
Jumlah dagangan mencecah 182.82 juta saham bernilai RM117.84 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata pemain sektor huluan minyak dan gas seperti Hibiscus dan Bumi Armada berpotensi meraih manfaat daripada lonjakan harga minyak kebelakangan ini, manakala kesan limpahan kepada Velesto dijangka kembali ketara susulan kejayaan syarikat itu memperoleh beberapa kontrak baharu.
Firma broker itu turut berkata aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam sektor pajak gadai bekemungkinan kembali rancak seiring harga emas yang tinggi, sekali gus berpotensi meningkatkan kadar penebusan pajakan dan margin keuntungan.
“Minat belian juga mungkin tertumpu kepada sektor perbankan, khususnya CIMB Group Holdings berikutan pulangan dividen yang tinggi berbanding syarikat besar yang lain, sekali gus menawarkan perlindungan daripada ketidaktentuan jangka pendek,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Gas naik 14 sen kepada RM17.98. Maybank, TNB dan Hong Leong Bank tidak berubah masing-masing pada RM11.84, RM14.38 dan RM23.40. Public Bank susut dua sen kepada RM4.87, manakala CIMB Group Holdings turun tiga sen kepada RM7.99.
Bagi kaunter paling aktif, Hengyuan Refining Company melonjak 17 sen kepada RM1.52, Perdana Petroleum naik setengah sen kepada 18 sen, Bumi Armada menambah satu sen kepada 39 sen, manakala Capital A susut setengah sen kepada 49.5 sen.
Antara kaunter untung utama ialah Nestle Malaysia yang meningkat 70 sen kepada RM108.20, United Plantations naik enam sen kepada RM29.96, Petronas Gas bertambah 14 sen kepada RM17.98 dan Petron Malaysia meningkat 12 sen kepada RM4.90.
Kaunter rugi utama termasuk Fraser & Neave Holdings yang merosot 38 sen kepada RM33.52, Atlan Holdings susut 12 sen kepada RM2.50, Vstecs turun lapan sen kepada RM4.77 dan Sunway Construction susut tujuh sen kepada RM6.70.
Di papan indeks, Indeks FBM T100 susut 21.03 mata kepada 12,355.84, Indeks FBM Emas naik 20.53 mata kepada 12,531.89, Indeks FBM 70 turun 32.22 mata kepada 17,325.79, Indeks FBM Emas Syariah merosot 14.54 mata kepada 12,157.31 dan Indeks FBM ACE menyusut 42.17 mata kepada 4,573.59.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 37.31 mata kepada 20,966.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.16 mata kepada 172.05, Indeks Tenaga naik 12.77 mata kepada 814.88 dan Indeks Perladangan meningkat 9.95 mata kepada 8,187.02.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial