PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL TINGGI PADA TENGAH HARI SEIRING PENINGKATAN PASARAN SERANTAU

10/03/2026 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki kenaikan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perang dengan Iran berpotensi berakhir tidak lama lagi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 23.39 mata kepada 1,697.56 daripada paras 1,674.17 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 10.68 mata lebih tinggi pada 1,684.85 bergerak antara 1,684.85 dan 1,700.90 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 768 berbanding 376. Sebanyak 361 kaunter tidak berubah, 1,149 tidak diniagakan dan 19 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.14 bilion unit bernilai RM1.83 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.45 peratus kepada 4,825.37 mata, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.56 peratus kepada 25,804.70, Nikkei 225 Jepun meningkat 2.36 peratus kepada 53,975.65, manakala KOSPI Korea Selatan menokok 4.62 peratus kepada 5,494.66.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata meskipun Trump memberi bayangan bahawa konflik dengan Iran mungkin berakhir tidak lama lagi, kelegaan pasaran dijangka bersifat sementara memandangkan pendekatannya yang sukar dijangka, sekali gus menyebabkan turun naik di Wall Street dijangka berterusan.

“Kami percaya syarikat peneraju sektor aeroangkasa dan pertahanan seperti Lockheed Martin dan RTX Corporation akan terus menjadi tumpuan pelabur memandangkan Rumah Putih sedang mengadakan mesyuarat bagi mempercepatkan pengeluaran pertahanan dengan kemungkinan peruntukan tambahan sebanyak US$50 bilion,” katanya dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank melonjak 16 sen kepada RM11.62, Public Bank meningkat 13 sen kepada RM4.87, CIMB Group naik 10 sen kepada RM7.87, Tenaga Nasional bertambah 24 sen kepada RM14.08, manakala IHH Healthcare meningkat 26 sen kepada RM8.91.

Kaunter paling aktif, AirAsia X melonjak 16 sen kepada RM1.26, Capital A meningkat 2.5 sen kepada 43.5 sen, Zetrix AI naik satu sen kepada 78 sen, Pharmaniaga tidak berubah pada 24 sen, manakala Hengyuan Refining Company susut 26 sen kepada RM1.64.

Kaunter paling untung diterajui oleh Nestle yang meningkat RM1.70 kepada RM104.30, Allianz Malaysia naik 52 sen kepada RM21.02, Malaysian Pacific Industries menambah RM1.02 kepada RM30.06, Hong Leong Financial Group melonjak 54 sen kepada RM20.64, dan Fraser & Neave meningkat 50 sen kepada RM32.12.

Bagi kaunter paling rugi, United Plantations susut 64 sen kepada RM31.06, Hibiscus Petroleum dan Petronas Chemicals Group masing-masing turun 21 sen kepada RM2.18 dan RM3.94, MISC merosot 30 sen kepada RM8.43, manakala Far East Holdings turun 18 sen kepada RM4.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 168.37 mata kepada 12,232.64, Indeks FBM Emas naik 164.76 mata kepada 12,389.25, Indeks FBM 70 meningkat 232.83 mata kepada 16,974.86, Indeks FBM Emas Shariah bertambah 122.03 mata kepada 12,051.49, dan Indeks FBM ACE naik 104.00 mata kepada 4,310.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 367.34 mata kepada 20,638.68, manakala Indeks Perladangan susut 74.63 mata kepada 8,365.38, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.18 mata kepada 171.29, dan Indeks Tenaga merosot 20.36 mata kepada 786.38.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan