PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA TINGGI MINGGU DEPAN SUSULAN PROSPEK PERMINTAAN KUKUH

28/03/2026 10:25 AM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan berikutan jangkaan permintaan yang kukuh, kata peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata konflik Amerika Syarikat-Iran telah meningkatkan jangkaan terhadap permintaan minyak sawit yang tinggi.

“Bagi minggu depan, kami menjangka harga berada dalam lingkungan antara RM4,500 dan RM4,680 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak April 2026 menyusut RM40 kepada RM4,540 satu tan, Mei 2026 berkurangan RM8 kepada RM4,611 satu tan manakala Jun 2026 naik RM20 kepada RM4,631 satu tan.

Sementara itu, kontrak Julai 2026 meningkat RM40 kepada RM4,620 satu tan, Ogos 2026 menokok RM55 kepada RM4,597 satu tan dan September 2026 naik RM66 kepada RM4,570 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 363,166 lot daripada 136,763 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 236,911 kontrak daripada 237,306 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan rendah RM40 kepada RM4,560 satu tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan