PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI SUSULAN MINYAK MENTAH, HARGA MINYAK KACANG SOYA KUKUH

27/03/2026 09:30 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Sewaktu berita ini ditulis, minyak mentah Brent meningkat 2.52 peratus kepada US$110.70 setiap tong.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh juga menyokong pasaran.

"Kami mendapati harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,580 setiap tan dengan paras rintangan pada RM4,700 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata kontrak niaga hadapan MSM meningkat sedikit, meneruskan kenaikan kukuh dari sesi sebelumnya dan menamatkan minggu dagangan empat hari yang pendek dengan catatan yang teguh.

"Kenaikan dalam minyak sayuran lain seperti minyak kacang soya juga membantu menyokong harga MSM dengan meningkatkan sentimen pasaran secara keseluruhan," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2026 menokok RM39 kepada RM4,540 setiap tan, Mei 2026 berkembang RM37 kepada RM4,611 setiap tan dan Jun 2026 mencatatkan kenaikan RM48 kepada RM4,631 setiap tan.

Kontrak Julai 2026 naik RM52 kepada RM4,620 setiap tan, Ogos 2026 bertambah RM52 kepada RM4,597 setiap tan manakala September 2026 melonjak RM49 kepada RM4,570 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 119,026 lot daripada 87,914 pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 236,911 kontrak daripada 235,513 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk April Selatan bertambah RM10 kepada RM4,560 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan