Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih lemah turut mempengaruhi sentimen pasaran.
"Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,700 dan rintangan pada RM4,850 satu tan," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan, kontrak April 2026 dan Mei 2026 turun RM64 satu tan kepada RM4,665 serta RM4,733 satu tan dan Jun 2026 berkurangan sebanyak RM59 kepada RM4,769 satu tan.
Julai susut RM58 kepada RM4,770 satu tan, Ogos 2026 merosot RM61 kepada RM4,745 satu tan dan September 2026 adalah RM65 lebih rendah kepada RM4,711 satu tan.
Jumlah dagangan melonjak kepada 172,873 lot berbanding 109,419 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 252,970 kontrak daripada 246,071 kontrak.
Harga fizikal MSM bagi April Selatan menurun sebanyak RM30 kepada RM4,720 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial