POLITIK > BERITA

TEO NIE CHING DIPILIH PENGERUSI DAP JOHOR

06/10/2024 09:20 PM

JOHOR BAHRU, 6 Okt (Bernama) -- Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.

DAP Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikasi meraih jumlah undi ketiga tertinggi iaitu 692 dalam pemilihan yang diputuskan pada Konvensyen Biasa DAP Johor di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi yang meraih undi 606 dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gan Peck Cheng yang mendapat 601 undi dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP negeri.

Sheikh Umar Bagharib Ali dengan undian 567 kekal sebagai Naib Pengerusi DAP Johor, ADUN Stulang Andrew Chen Kah Eng (717) dilantik sebagai Setiausaha DAP negeri manakala Pegawai Khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri Ng Siam Luang yang meraih undi paling tinggi (764) dipilih sebagai Penolong Setiausaha DAP Negeri.

ADUN Jementah Ng Kor Sim yang mendapat undi 623 dilantik sebagai Bendahari DAP Johor dan ADUN Mengkibol Chew Chong Sin yang meraih 599 undi dipilih sebagai Penolong Bendahari DAP negeri. 

ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dilantik sebagai Setiausaha Organisasi DAP Johor, Ahli DAP Boon Sin Wei dan Kartiyaini Jeyapalan masing-masing dilantik Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri, ADUN Senai Wong Bor Yang sebagai Setiausaha Publisiti, Ahli DAP Yong Hui Yi pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP negeri dan Tee Boon Tsong sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri.

Jawatankuasa baharu itu turut dianggotai Liew yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Ahli Parlimen Labis Pang Hock Liong, ADUN Skudai Marina Ibrahim, ADUN Bentayan Ng Yak Howe dan dua Ahli DAP Shazwan Zdainal Abidin dan Dr A. Ruban. 

Berikut senarai Jawatankuasa DAP Johor 2024-2027:

Pengerusi: Teo Nie Ching

Timbalan Pengerusi: Wong Shu Qi

Naib pengerusi: 

Gan Peck Cheng

Sheikh Umar Bagharib Ali 

Setiausaha: Andrew Chen Kah Eng

Penolong Setiausaha: Ng Siam Luang

Bendahari: Ng Kor Sim

Penolong Bendahari: Chew Chong Sin

Setiausaha Organisasi: Liow Cai Tung

Penolong Setiausaha Organisasi: 

Boon Sin Wei

Kartiyaini Jeyapalan

Setiausaha Publisiti: Wong Bor Yang

Penolong Publisiti: Yong Hui Yi

Pengarah Pendidikan Politik: Tee Boon Tsong

AJK:

Liew Chin Tong

Pang Hock Liong

Marina Ibrahim

Ng Yak Howe

Shazwan Zdainal Abidin

Dr A. Ruban 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan