ALOR SETAR, 5 Dis (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kedah akan mengadakan konvensyen pada 14 Dis ini dalam usaha memperkukuhkan kerjasama antara parti komponen di Kedah.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata konvensyen itu akan disertai kira-kira 800 pemimpin BN dari pelbagai peringkat dan dijangka dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Dalam konvensyen itu, kami akan membincangkan pelbagai perkara termasuk hal-hal yang mungkin terlepas pandang sebelum ini. Kami akan mencari jalan untuk memperkukuhkan BN,” katanya pada sidang media di sini hari.
Sementara itu Mahdzir berkata pihaknya yakin kerajaan Persekutuan akan terus membantu Kedah khususnya dalam berdepan kesan bencana banjir yang melanda negeri itu.
Beliau berkata ini di sebalik sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sering mengkritik kerajaan Persekutuan.
Semalam, Muhammad Sanusi berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan bantuan kepada kerajaan negeri selepas Kedah sekali lagi dilanda banjir yang menyebabkan pelbagai infrastruktur rosak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial