POLITIK > BERITA

DAP PULAU PINANG SUMBANG RM200,000 KEPADA KELAB VETERAN PARTI

26/04/2025 09:00 PM

GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Kelab Veteran parti itu bagi menjaga kebajikan ahlinya.

DAP Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan itu adalah bagi membantu ahli veteran khususnya yang menghidap penyakit serius seperti kanser. 

“Parti amat menghargai jasa dan pengorbanan para veteran yang telah banyak menyumbang kepada perjuangan DAP selama ini,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang juga telah menubuhkan Pasukan Petugas Strategik bagi merancang strategi dan melaksanakan program menyantuni rakyat di negeri itu.

Menurut DAP Pulau Pinang, penubuhan pasukan itu akan memperkukuh gerak kerja parti, memobilisasi sokongan rakyat dan memastikan perkhidmatan DAP diutamakan untuk manfaat rakyat.

“Pasukan petugas ini akan dipimpin oleh Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Joshua Woo. DAP Pulau Pinang kekal komited untuk memperjuangkan keadilan sosial dan memperkasa rakyat di negeri ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan