POLITIK > BERITA

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2025 DITANGGUHKAN KE 14 HINGGA 17 JAN 2026

17/10/2025 12:46 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perhimpunan Agung UMNO 2025, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 29 Nov ini, ditangguhkan ke 14 hingga 17 Jan tahun depan, kata Setiausaha Agung parti berkenaan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Beliau berkata penangguhan itu susulan tarikh asal perhimpunan bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung dari 15 hingga 29 Nov seperti diisytihar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam. 

“Dengan penangguhan ini, diharapkan agar kepimpinan dan jentera UMNO seluruh Malaysia dapat menumpukan sepenuh tenaga dan usaha membantu Barisan Nasional Sabah bagi meraih kembali kepercayaan rakyat, untuk Barisan Nasional kembali mengemudi kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2025, yang dijadual berlangsung pada Ogos lepas, ditunda ke 26 hingga 29 Nov ini, mengambil kira persiapan bagi menghadapi PRN Sabah.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan