POLITIK > BERITA

CALON PKR TANDATANGAN AKU JANJI BERSERTA BON RM10 JUTA - FUZIAH

09/11/2025 11:45 PM

KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Sebanyak 10 calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah menandatangani surat aku janji mewakili parti itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata aku janji yang ditandatangani itu berserta bon perjanjian bernilai RM10 juta sekiranya membelot amanah parti.

PKR membariskan calon pelbagai latar belakang terdiri daripada bekas timbalan menteri, penjawat awam dan golongan profesional.

“Semoga komitmen 100 peratus calon kepada parti, pengundi dan kawasan diwakili dapat melaksanakan amanah diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri baharu,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR memperkenalkan 10 calon itu pada Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di sini malam ini.

Anwar pada majlis itu turut memberitahu bahawa PH akan bertanding 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-17 dan akan menggunakan logo PH.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan