POLITIK > BERITA

PRN SABAH: TIGA PUSAT MEDIA DIBUKA BERMULA 15 HINGGA 29 NOV

13/11/2025 05:08 PM

KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) akan membuka tiga pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi hari ini, pusat berkenaan akan beroperasi bermula 15 hingga 29 Nov, dari 9 pagi hingga 9 malam di tiga lokasi, iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. 

Bagi Kota Kinabalu, pusat media di The Majulan Hotel (The Sapphire Room), Penampang;  manakala di Sandakan (Board Room 1, The Pavilion Hotel) dan Tawau (Bohayan Hall, Heritage Hotel).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menyediakan kemudahan ruang bekerja dan akses Internet untuk para pengamal media, bertempat di 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh Sabah.

Maklumat berkenaan NADI yang terlibat boleh dimuat turun melalui pautan https://shorturl.at/gYFxJ.

“Para pengamal media diundang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan serta mendapatkan maklumat di pusat media berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, media boleh menghubungi penyelaras pusat media berkenaan iaitu, Dr Diana Dominic melalui talian 019-8516868 atau Hikal Aripin melalui talian 012-3420989. Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php

-- BERNAMA 


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan