POLITIK > BERITA

PEMILIHAN UMNO DIADAKAN SELEPAS PRU16 - AHMAD ZAHID

16/01/2026 08:20 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- UMNO hanya akan mengadakan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 2022, membolehkan perkara itu dilaksanakan.

“Kita tunggu selepas pilihan raya. Kita ada tempoh 18 bulan, Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan daripada tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya, mana-mana yang dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum kerjasama (MoC) sempena Ekspo Agrikomoditi, Women in Halal Industry di sini hari ini.

Berdasarkan pindaan perlembagaan itu, penangguhan pemilihan tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum.

Kali terakhir pemilihan UMNO dibuat adalah pada 2023 dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden  tidak dipertandingkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan