KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Skuad berbasikal trek para negara menambah dua lagi pingat emas menerusi acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina hari ini.
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Arab Saudi Abas Alhashim pada aksi final kategori C1 (kecacatan fizikal), sekali gus mengutip pingat emas pertama negara.
Kejayaan berganda skuad negara dilengkapkan oleh Ahmad Zharif Ahmad Nazri dalam kategori C5 (kecacatan fizikal) apabila muncul juara dengan menewaskan seorang lagi pelumba negara Zuhairie Ahmad Tarmizi serta pelumba Jepun Ruito Kameda, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Semalam, pelumba berbasikal trek para wanita negara Nur Suraiya Muhamad Zamri turut mencipta sensasi apabila merangkul pingat emas dalam acara pecut kategori wanita B (kecacatan penglihatan) selepas menewaskan pencabar dari Kazakhstan Kalaus Anastassiya pada aksi final.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial