POLITIK > BERITA

WANITA UMNO CADANG AGENDA INDUSTRI HALAL, PUTERI MAHU PROGRAM VAKSINASI HPV

17/01/2026 06:51 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Wanita UMNO mencadangkan agenda Wanita Dalam Industri Halal dijadikan antara agenda utama negara di bawah Majlis Pembangunan Industri Halal Negara (MPIH).

Ketua pergerakan Wanita UMNO yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata agenda berkenaan adalah langkah strategik dalam memperkasa penyertaan wanita serta memperkukuh ekonomi negara.

“Wanita UMNO percaya kekuatan ekonomi antara teras kepada pembinaan keluarga yang kukuh, kestabilan masyarakat dan kemajuan negara,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi meminta kerajaan memberi  penekanan terhadap kesihatan reproduktif wanita, khususnya melalui program vaksinasi dan pendidikan berkaitan papilomavirus manusia (HPV).

Beliau berkata HPV adalah ancaman yang boleh dicegah, justeru mencadangkan agar vaksinasi serta pendidikan HPV dijadikan program standard untuk semua wanita termasuk penyediaan akses kepada bantuan psikologi.

“Kalau kerajaan tak buat, siapa lagi nak buat? Kita berada dalam pentadbiran, kita ada kuasa untuk laksanakan,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung dari Rabu hingga hari ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November bagi memberi laluan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan