POLITIK > BERITA

PARTI TERAS BN DIHARAP TERUS DIPERKUKUH - AHMAD ZAHID

25/01/2026 03:27 PM

BAGAN DATUK, 25 Jan (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kerjasama parti teras dalam gabungan itu termasuk MIC, terus diperkukuh.

Timbalan Perdana Menteri berkata penyertaan semula Parti Progresif Penduduk (PPP) menjadikan gabungan parti di dalam BN bertambah stabil.

“Kami dalam BN berpendirian bahawa setiap parti gabungan khususnya parti teras, kita menghormati antara satu sama lain.

“MIC merupakan parti teras sejak zaman Parti Perikatan dahulu bersama-sama dengan MCA dan UMNO, dan kita harapkan agar parti teras di dalam BN ini dapat terus diperkukuh,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah syarikat QL Innofood Park di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata apa jua keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tergempar MIC adalah hak dan pendirian parti itu.

Semalam, MIC dilapor akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN).

Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, namun ia perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan