CIMB ISLAMIC MEMPERKUKUH SOKONGAN TERHADAP PETANI ASNAF DI KEDAH DENGAN SUMBANGAN MESIN JENTERA PENUAI PADI

23/09/2024 02:55 PM

YAN, Kedah, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic” atau “Bank”) memperkukuhkan sokongan terhadap asnaf di negeri Kedah melalui sumbangan berupa mesin jentera penuai padi bernilai RM298,000 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (“LZNK”) di bawah program Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (“SBBA” atau “Program”). Sumbangan itu menggunakan Dana Wakalah Zakat CIMB Islamic yang menyokong program tersebut bagi meningkatkan kemahiran petani asnaf tempatan serta menangani isu keselamatan makanan nasional, sekaligus mengurangkan kos pengeluaran dan penyumberan luar padi secara keseluruhan.

Peruntukan mesin jentera ini dijangka menyediakan penjimatan yang ketara sehingga RM5,600 setahun untuk setiap petani bagi setiap hektar. Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, para petani asnaf kini dapat menggunakan mesin jentera penuai padi dengan hanya RM40 serelong, berbanding dengan penyewaan jentera tempatan yang biasanya mempunyai kos sebanyak RM120 serelong. Selain daripada itu, para petani asnaf yang mengambil bahagian juga memperoleh jimatan sehingga RM24 untuk mengangkut satu tan hasil padi serta sehingga RM10 bagi penggunaan dron pertanian.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan