TALENTCORP RAIKAN KOHORT PERTAMA VETERAN MYWIRA YANG BERALIH KEPADA KERJAYA SEKTOR SWASTA SERTA MENGALU-ALUKAN RAKAN KORPORAT BAHARU

30/09/2024 12:17 PM

PULAU PINANG, 30 Sept (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi strategik dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus memberi sokongan terhadap veteran tentera dalam peralihan kerjaya selepas persaraan melalui inisiatif Veteran MyWIRA.

Kohort pertama yang bekerjasama dengan Micron Memory Malaysia (Micron) terdiri daripada 25 orang pesara angkatan tentera yang telah menyelesaikan program latihan selama tiga bulan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dan Pusat Kecemerlangan Walta (Walta COE). Selepas menamatkan latihan, kesemua peserta diambil bekerja oleh Micron secara sepenuh masa sebagai juruteknik dan penyelia dan memanfaatkan pengalaman dan kemahiran mereka yang terdahulu.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan