NEW YORK, 5 Nov (Bernama) -- CRH (NYSE: CRH), penyedia penyelesaian bahan binaan terkemuka, telah membangunkan ladang angin baharu untuk membekalkan tenaga elektrik boleh baharu ke Kilang Simen Medgidia di Romania. Ladang angin itu ialah yang pertama seumpamanya di negara ini bertujuan menjana kuasa secara eksklusif ke kilang simen. Langkah ini akan memenuhi sebahagian besar keperluan tenaga tahunan Kilang Medgidia, membantu mengurangkan jejak karbon produk yang dihasilkan, sambil turut menyumbang kepada peralihan tenaga bersih Romania.
Eunice Heath, Ketua Pegawai Kelestarian, CRH, berkata: “Ini ialah projek tenaga bersih yang penting untuk CRH dan merupakan satu daripada banyak cara kami membantu mewujudkan persekitaran binaan yang lebih bingkas dan mampan. Membina ladang angin bertujuan menjana kuasa satu daripada kilang simen kami menunjukkan komitmen kami untuk menyahkarbon dan menyediakan penyelesaian bahan binaan rendah karbon bagi pelanggan kami untuk membantu memenuhi keperluan pembinaan yang sentiasa berubah.”
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial