CLOUDERA MEMPERKENALKAN PEMBANTU AI BAHARU UNTUK MEMBANTU MEMACU KECEKAPAN BAGI PENGAMAL DATA

15/11/2024 12:32 PM

SANTA CLARA, California dan PARIS, 15 Nov (Bernama) -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar bagi data, analitik dan AI hari ini memperkenalkan Cloudera Copilot untuk Cloudera AI dalam persidangan EVOLVE24 Paris. Pembantu AI yang selamat dan pintar itu berupaya membantu meningkatkan produktiviti dan memperkemas aliran kerja data. Dibangunkan untuk memenuhi keperluan saintis, jurutera dan pembangun data, Cloudera Copilot menambah baik kebolehulangan merentasi projek, yang akhirnya membantu membolehkan perusahaan menghasilkan data, analitik dan aplikasi AI yang dipercayai dengan lebih cepat berbanding sebelum ini.

Dengan kedudukan penting dalam transformasi digital dan perjalanan AI, pengamal data menghadapi pelbagai cabaran produktiviti, kerjasama dan duplikasi yang semakin rumit. Pembantu AI mengatasi cabaran ini dengan meningkatkan pengalaman pengguna bagi pengamal data, sekali gus meyakinkan pemimpin IT yang ingin mendapatkan alat dipertingkat AI yang selamat. Dengan membenamkan pembantu dikuasakan AI terus ke dalam Cloudera, Cloudera Copilot membantu pengguna menulis kod yang berkualiti tinggi dan konsisten serta fokus pada inovasi dengan lebih berkesan dan selamat.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan