BITGET MENAIK TARAF PROGRAM INSENTIF KECAIRAN DENGAN REBAT PEMBUAT BERPERINGKAT TINGGI UNTUK PEDAGANG INSTITUSI

25/04/2025 04:09 PM

VICTORIA, Seychelles, 25 April (Bernama) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan naik taraf yang besar untuk Program Insentif Kecairannya, yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei 2025. Program yang dirombak ini memperkenalkan struktur yuran yang lebih kompetitif, ganjaran yang dipertingkatkan serta liputan yang diperluaskan bagi pasaran spot dan niaga hadapan. Kemas kini strategik ini sejajar dengan komitmen Bitget pada tahun 2025 iaitu untuk memberikan perkhidmatan kepada pelabur institusi, meningkatkan kedalaman kecairan dan kecekapan dagangan di seluruh platform.

Program yang dinaik taraf ini memperkenalkan sistem berperingkat dengan insentif yuran yang menerajui pasaran, termasuk rebat pembuat sehingga -0.012% untuk spot dan -0.005% niaga hadapan, dengan yuran pengambil masing-masing yang bermula serendah 0.02% dan 0.025%. Buat pertama kalinya, rebat pembuat akan digunakan untuk pasangan dagangan kontrak kekal utama seperti BTCUSDT dan ETHUSDT, sekali gus mempertingkatkan ganjaran dengan ketara untuk penyedia kecairan serta firma dagangan frekuensi tinggi. Kira-kira 130 pasangan niaga hadapan kini menikmati kadar yuran peringkat teratas Bitget, dengan lebih banyak lagi akan ditambah dalam bulan-bulan yang akan datang selepas semakan kecairan berkala.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan