PENGURUSAN BERBANTUKAN AI PACU PELEPASAN TERBAHARU SUSE LINUX

31/10/2025 05:27 PM

LUXEMBOURG, 31 Okt (Bernama) -- SUSE®, peneraju global dalam penyelesaian sumber terbuka perusahaan, telah mengumumkan bahawa SUSE Linux Enterprise Server (SLES) 16 ialah Linux perusahaan pertama industri yang mengintegrasikan AI agentik. Pelepasan ini menyediakan keterlihatan yang lebih mendalam, cerapan data yang lebih pintar dan pengurusan automatik untuk memperkemas operasi, mengurangkan kos operasi dan masa penyelesaian masalah serta mempercepatkan masa ke pasaran bagi aplikasi kritikal misi.

SLES 16 memperkenalkan AI agentik, dengan pelaksanaan piawaian Model Context Protocol (MCP). Pelaksanaan AI agentik SUSE Linux memberikan perusahaan kaedah yang selamat dan boleh diperluas untuk menghubungkan model AI dengan alat serta sumber data luaran, sambil mengekalkan kebebasan untuk memilih dan memperluas penyedia AI pilihan mereka tanpa sebarang kekangan. Ia menyediakan asas yang kukuh dan selamat, menggabungkan jaminan kitar hayat jangka panjang dengan automasi bertaraf perusahaan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan